Selamat Datang Ke laman web
Syarikat SaubSEJAK 1968
Syarikat Saub telah ditubuhkan sejak tahun 1968. Ketika itu syarikat ini terletak di Jalan Lahat, Ipoh. Kami menyediakan perkhidmatan membekal dan membaiki peralatan pejabat, mesin-mesin pejabat, alatulis dan lain-lain lagi. Secara puratanya, pelanggan-pelanggan kami terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Sekolah-Sekolah dan sebagainya di seluruh negeri Perak.
Syarikat ini sejak mula ditubuhkan berpusat di Bandaraya Ipoh. Pada awalnya syarikat ini terletak di Jalan Lahat, Ipoh. Setelah hampir 20 tahun lebih menjalankan perniagaan di situ kami berpindah ke bangunan sendiri di Medan Gopeng, Ipoh sehinggalah ke hari ini. Syarikat Saub adalah syarikat yang berstatus Bumiputera dan didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ini bermakna kami layak untuk menyertai tender atau sebutharga kerajaan. Syarikat ini juga berdaftar dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak. Syarikat Saub juga merupakan Vendor berdaftar dengan beberapa syarikat seperti Malaysia Airports Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Tabung Haji, Pos Malaysia Berhad dan lain-lain. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pertanyaan atau kritikan dari anda. Sila isi ke link Borang Maklumbalas dan Insya Allah kami akan menjawab sebarang kemusykilan anda secepat mungkin. Anda juga boleh beriraksi dengan kami melalui laman social FACEBOOK Untuk respon yang lebih pantas, anda boleh whatsapp / telegram atau message kami di 019 55 33 222. |
SYARIKAT SAUB
Sejak 1968
Sejak 1968
93 MEDAN GOPENG 4, MEDAN GOPENG, 31350 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
- EMAIL: [email protected]
- TEL: 019 55 33 222
- SSM: 000143398-M
- KKM & TARAF BUMIPUTERA: 357-00007858